Pada warga Kuantan yg inginkan the latest pelamin utk majlis perkahwinan, disini ku attachkan contoh pelamin yg baru ku beli .. sebijik macam pelamin anak Era Engku Alisha cukur jambul...tapi yg Giey punya 3 panel jer..Ni gambar Pelamin anak Era masa majlis cukur jambul.. pinjam jap... wat promosi...keh3
Salam, Artikel nie last year punya masa Kakgiey buat Kelas Asas Solekan, punya lah lama nak scan , lupa & lama2 dah makan tahun baru free nak scan..hehe. Kat gambar tu sebenarnya Kakgiey ajar cara2 solekan Makan Malam tapi reporter tu tersalah tulis da... dia tulis solekan ke pejabat.....
Wanie ni 2pupu Giey....Untuk majlis bertunang, Giey tak cukur @ buang bulu kening, tapi ada cara yang Giey buat yang nampak seperti kening Wanie dicukur... Itulah tricks make -up......
Inginkan wajah yang cantik tanpa sebarang racun & kesan sampingan yang menyakitkan kulit ? Mulakan langkah pencegahan agar kulit anda tidak tua sebelum waktunya....
Ingin menjadi salah seorang perunding kecantikan seperti saya ? Sila hubungi saya dan buatlah temujanji anda......Kerana Wajahmu & dirimu begitu berharga...
TIPS ~ NAK CEK PRODUK ADA HIDROKUINON
Cara mudah untuk kesan hidrokuinon adalah dengan memeriksa penutup toner atau krim malam. Sekiranya terdapat kerak-kerak cokelat kehitaman pada penutup toner atau penutup krim malam, maka wujudlah hidrokuinon dalam kosmetik anda. Ataupun anda boleh tuang sedikit toner ke atas tisu/kapas muka dan biarkan terdedah kepada udara selama beberapa ketika dan toner itu akan berubah warna ke cokelat. Hindari lah produk tersebut kerana dalam jangkamasa panjang ianya akan menyebabkan kanser kulit.
hidrokuinon adalah sejenis bahan kimia penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2 yang digunakan dalam kosmetik untuk menghakis melanin (pelindung semulajadi pada kulit)dan pengunaan yang berterusan akan menyebabkan hiper pigmentasi dan juga boleh menyebabkan kanser kulit. Pilihlah produk yang selamat dan betul-betul bebas hidrokuinon.
Dengan sekali lafaz Aisha sudah bergelar isteri orang....he..he... bermulalah dunia baru Aisha....Disebalik tu pada hari yang sama 12 pasangan pengantin menunggu giliran untuk dinikahkan....Nasib baik Aisha giliran no. 3..... kalau tak.....sampai kul 12 tak abis lagi...... Mungkin ini adalah kenangan manis untuk Aisha & Man....
Malam berinai Aisha pakai 3 persalinan iaitu Lengga, Kimono & Gaun....Orang kecil molek senang nak cari baju persalinan tapi kalau yang big size sikit tak dapek eden nak nolong ... Kalau ada pun nasib baik.....nak wat macam ner... baju- baju persalinan yg dijual semua free size...Kepada bakal2 pengantin yang big size tu....jangan ambil hati yek.....ribuan ampun & maaf......peace...peace